Penyediaan Kuprum(II) sulfat

Oleh sebab ia terdapat secara komersil, kuprum sulfat biasanya dibeli, dan tidak disediakan di makmal. Ia dihasilkan melalui tindak balas asid sulfurik dengan bermacam-macam jenis sebatian kuprum(II), seperti kuprum(II) oksida dan kuprum(II) karbonat. Tindak balas sedemikian biasanya dianggap sebagai tindak balas asid dan bes.

Kebanyakan kuprum sulfat wujud dalam alam semulajadi dalam bentuk pentahidrat (CuSO4 · 5H2O). Mineral ini dikenali sebagai kalkantit. Kuprum(II) sulfat mengurai sebelum melebur. Bentuk pentahidrat yang lazim ternyahhidrat, iaitu kehilangan empat molekul airnya pada 110 °C dan kelima-lima molekul air pada 150 °C. Pada 650 °C, kuprum(II) sulfat mengurai menjadi kuprum(II) oksida (CuO), sulfur dioksida (SO2) dan oksigen (O2).